25 May 2015

5 PETUA MUDAH TAMBAH SUSU BADAN SUPAYA ANDA TAK PERLU TOP UP SUSU FORMULA

Tengok tajuk memang nampak best kan.. mesti senyum sampai pipi kan ibu2 pasni.. entry kali ni saya nak share tentang Petua Tambah Susu Badan. 


                                                   





Sering kali rakan- rakan minta alla share Petua Tambah Susu Badan. Alhamdulillah, Allah swt beri alla rezeki untuk menyusukan my baby Safiya walaupun sangat sibuk dek tuntutan kerja. Mommies nak tahu apa petua mudah yang alla amalkan sejurus selepas bersalin untuk membantu tambah susu badan? Teruskan membaca entry alla ini tau!

Kebanyakkan Ibu-ibu terutama "first time mothers" mengalami banyak masalah dalam penyusuan susu ibu ini. Antara yang sering kali terdengar di kalangan ibu baru bersalin adalah tentang susu badan yang sikit dan semakin merudum. Breastfeeding bila disebut nampak mudah dan ia juga kelihatan begitu mudah. Betul ke ianya sangat mudah? Dan kalau mudah kenapa masih ramai ibu-ibu yang tidak berjaya menyusukan anaknya mengikut tuntutan agama selama 2thn?

ILMU. Penyusuan susu ibu memerlukan Ilmu. Semasa mengandungkan Safiya, Alla banyak membaca tentang kehamilan, penyusuan dan juga penjagaan bayi. Alla memang tekad mahu breastfeed buat babyku Safiya. Sejurus selepas melahirkan, terus hilang keletihan lantas terus ku susukan Safiya. Saban hari, selepas beberapa habis pantang. Alla mula risau sebab stok tak begitu banyak. Makanya, bermulalah perjalanan Shaklee ku. Mula mencari supplement untuk tambahkan susu sambil memekatkan. Memang terbukti sebelum alla ambil Shaklee Sebelum cuma 4 OZ l Selepas 10 OZ sekali session.  

Dan dalam entry kali ini Alla ingin kongsikan dengan mommies semua sedikit Petua Mudah Tambah Susu Badan yang saya amalkan sehingga sekarang.


5 PETUA TAMBAH SUSU BADAN


1. Kerap menyusu

Ini adalah Petua yang sangat penting yang perlu diingati oleh ibu-ibu. Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.



                                   


Jadi ibu-ibu semua jangan komplen ye bila bayi sekejap-sekejap nak menyusu. Kerana ianya sangat bagus utk meningkatkan penghasilan susu. Konsep susu ibu ini based on "demand and supply". Kalau baby nak menyusu, bagi saja....=)


2. Amalan tradisi

Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi. i. 


                          


Yes, Alla masih ingat alla crazy minum air longan kering hanya untuk pastikan Safiya dapat stok yang mencukupi setiap hari. Alhamdulillah, susu memang cukup sentiasa. Amin. Kalau nak cuba makan ikan yu putih ni, memang dapat membantu menambah penghasilan susu ibu. Ikan yu ini boleh dimasak apa sahaja. Kalau goreng biasa pun sedap dimakan.


3. Makanan herba

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.


                                   



Ini Alla belum cuba, tapi ramai juga review positive. Boleh cuba ya. 


4. Minum air ikut keperluan

                                      

Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Untuk hasil optimum ambillah air masak 2-3liter sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Soya berupaya meningkatkan penghasilan susu kerana ia mengandungi kandugan protein yang dapat membantu dalam penghasilan susu ibu.


5. Posisi yang betul

Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan. Dapatkan teknik penyusuan susu ibu DISINI.


Ini adalah antara 5 Petua Mudah Tambah Susu Badan yang boleh diamalkan. Semoga ia bermanfaat buat anda semua. Yang paling utama adalah jaga pemakanan kita, kerana apa yang kita makan itulah yang anak kita akan dapat. Dalam perihal susu ibu, kandungan utama dalam susu ibu adalah protein, kalsium dan air. Maka banyakkan pengambilan protein, kalsium dan air dalam diet seharian.

Macam Alla mencari alternatif lain yang lebih mudah dan juga berkhasiat iaitu dengan bersupplement. Alla telah berkenalan dengan ESP Soy Protein. Dan Alhamdulillah, selepas seminggu mengamalkan ESP, stok susu sudah ada untuk Safiya!! Kerana susu ibu sudah mencukupi untuk Safiya pada saat itu.

Dan bermula saat itulah Alla rasakan pengambilan supplemen adalah penting bagi ibu menyusu kerana apabila ibu sihat, penghasilan susu ibu bertambah dan anak pun ceria. Di SINI Alla kongsikan antara supplemen ibu menyusu yang Alla amalkan. So, bagi anda yang mengalami masalah penyusuan, jangan segan silu untuk contact Alla dan sharing masalah dan dilema yang dialami anda. In shaa Allah, Alla akan cuba membantu anda sebaiknya.




Jomla watapps saya, kita bisik2 harga super special. Tak semesti ambil complete set ni. Boleh juga ambil satu pun harga meletops.. Nak diskaun boleh aje, syarat w.apps saya 

ALLA 016-6404014
COD Ampang l KL
POST Malaysia
FB Azila Ishak
IG @vitaminazila

Terima Kasih

Komen
0 Komen

No comments:

MAMAPAPASIHATCERIA Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign