21 June 2014

KOLESTEROL BAHAYAKAH?


Kolesterol penting ke?

MANUSIA memerlukan kolesterol bagi membentuk sel, hempedu dan hormon tertentu dalam tubuh tetapi paras kolesterol yang tinggi mendedahkan individu kepada pelbagai penyakit berbahaya. National Health and Morbidity 2011menunjukkan lebih 6 JUTA rakyat Malaysia menghadapi kolesterol tinggi. Adakah anda salah satu daripadanya?

Kesan akibat lebihan kolesterol ini:


Bahaya kan, sekarang ini pun sudah ramai rakyat Malaysia yang terkena penyakit diatas pada umur yang sangat muda seawal 30 tahun. Jangan ingat ini penyakit orang tua ye.. B
Antara punca tahap kolesterol yang tak dapat dibendung semestinya disebabkan gaya pemakanan kita yang sangat tidak seimbang. 

Masalah kolesterol tinggi lebih terdedah kepada lelaki berbanding wanita. Namun begitu, apabila wanita putus haid, mereka tidak terlepas daripada mengalami masalah kolesterol tinggi dan sebahagian besar daripada mereka terdedah kepada sakit jantung koronari. Sebelum putus haid, hormon estrogen melindungi wanita daripada sakit jantung koronari tetapi selepas menopaus, hormon itu tidak lagi dihasilkan oleh tubuh dan ini mendedahkan mereka kepada pelbagai masalah.

Tahap kolesterol boleh dikategorikan kepada Low Density Lipoprotein (LDL) dan High Density Lipoprotein (HDL). LDL membawa kolesterol untuk dimendapkan pada tisu manakala HDL pula bertindak mencegah pemendapan kolesterol pada tisu. LDL disifatkan sebagai kolesterol tidak elok manakala HDL pula ialah kolesterol elok.

Tahap kolesterol individu yang berusia 30 tahun ke atas tidak seharusnya melebihi 4.7 mmol manakala paras kolesterol mereka berusia bawah 30 tahun hendaklah kurang daripada 5.2 mmol. Lazimnya, pengambilan darah boleh menentukan paras kolesterol seseorang. Apabila individu berjumpa doktor, mereka akan ditanya mengenai sejarah dan latar belakang kesihatan diri dan keluarga. Jika paras kolesterol normal, doktor akan menasihatkan pesakit supaya menjalani pemeriksaan setiap lima tahun. 
Macam mana Turunkan Tahap Kolesterol? 
Semestinya dengan menukar gaya pemakanan yang lebih seimbang kurangkan makanan berLEMAK dan INSTANT atau PENGAMBILAN PHYTOCOL SHAKLEE, BERHENTI merokok, BERHENTI minuman keras, tangani stress dengan lebih baik, elakkan mengambil organ dalaman haiwan seperti paru, otak lembu, hati kambing dan hati lembu DAN amalkan senaman at least 3 kali seminggu.
Sekiranya pesakit dapat mengurangkan paras kolesterol sehingga lima peratus, risiko mengalami sakit jantung koronari berjaya dikurangkan sehingga 10 peratus. 




Shaklee Independent Distributor, Komited Untuk Anda

Azila Ishak 
SID : 1063314 
Sms / Wassap / Call : 0166404014 
FB : AZILAISHAK 
COD: Ampang / KLCC / Gombak


Terima Kasih

Komen
0 Komen

No comments:

MAMAPAPASIHATCERIA Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign