20 March 2015

Ambil Shaklee Tapi Susu Tak Banyak

Salam to all mommies dan pengunjung2 blog mamapapaceriasihat.blogspot.com


Saya pernah ditanya oleh ibu2 yg mengharapkan susu banyak dengan cepat dan mudah.

Antaranya :
‘susu saya dah kurang sekarang. Sehari dapat 5oz je. Makan shaklee boleh banyak susu kan?’
‘Puan Azila, betul ke vitamin Shaklee boleh buat susu banyak?’
‘Kenapa saya makan vitamin Shaklee tapi susu tak banyak pun?’
‘Saya dah ambil vitamin Shaklee tapi takde kesan pun’
‘Kenapa kena ambil banyak sangat vitamin?’
……………………………………………………………………………

Di sini saya ingin berkongsi sedikit ilmu dan info kepada bakal ibu dan ibu2 yg menyusu badan agar tidak berlaku lagi salah faham mengenai vitamin dan penyusuan.

Untuk makluman ibu2, vitamin Shaklee BUKAN UBAT dan BUKAN sesuatu yg AJAIB banyakkan susu.
Susu badan tak boleh banyak dalam sekelip mata…blink blink ehhhh susu dah banyakkkk

Ibu-ibu kena faham , vitamin Shaklee hanya MEMBANTU dalam banyakkan susu badan.

Jadi, sangat PERLU consume vitamin Shaklee bersama tips2 n rules pengambilan vitamin dan tips banyakkan susu yang hanya boleh didapati daripada Distributor Shaklee anda.

Secara asas, sekiranya badan kita dibekalkan vitamin-vitamin yg cukup, ia akan memastikan kesihatan tubuh badan secara menyeluruh, badan sentiasa bertenaga dan cergas, tak lesu tak letih…jadi secara tak langsung, tekanan/stress dapat dikurangkan dlm kehidupan seharian kita. 

Dengan itu, badan kita akan mudah menghasilkan susu dengan lancar dan optimum jika disertakan bersama tips2 banyakkan susu.

Dalam apa jua keadaan, manusia disuruh berusaha untuk mendapatkan sesuatu bukan hanya berdoa tanpa usaha.
dan…..

susu jugak tidak akan banyak dengan hanya makan suppliment semata2.

Suppliment adalah bantuan tambahan untuk membekalkan zat2 makanan yg tak cukup bagi badan kita.

  • Ibu-ibu disarankan KERAP kosongkan breast seperti sesi mengepam/ direct breastfeeding kepada anak paling kurang 2-3 jam sekali.
  • Terus terang saya katakan, makanlah berdozen2 vitamin sekalipun, minumlah berliter2 milk booster, jika konsep Supply vs Demand dianggap remeh dan tak dipatuhi, maka penyusuan menjadi amat sukar.
  • Amalkam Power Pumping.
  • Banyakkan minum air kosong..bukan air ais ye. Elakkan/kurangkan ambil air ais.
  • Jangan skip meals! Susu datang dari pemakanan yg seimbang oleh ibu-ibu. Kalau tak makan, mana nk datang susu kan??? Nanti bila anda banyakkan breastfeed badan anda akan turun sendiri..
  • Paling penting yakinlah hanya Allah sahaja yang memberi rezeki susu. Bukan manusia atau sesuatu. 
  • Konsisten lah dalam amalan rohani seperti berzikir, istighfar kepada Pemberi Rezeki susu ibu.
==========================================
Saya sertakan di sini 8 Tips* membantu banyakkan susu ibu. 
* Tips2 Eksklusif boleh didapati daripada Distributor Shaklee anda.

1. Pastikan jadual pam yang teratur. Jangan pula hari ni pam, esok tak pam. Perlu diingat pengeluaran susu badan adalah mengikut demand. Jika tiada demand maka isyarat untuk menghasilkan susu tiada. Maka terjadilah susu semakin lama semakin kurang.

2. Direct feed sekurang-kurangnya 2 jam sekali atau jika tidak boleh perlulah pam. Jangan biarkan breast terasa penuh baru hendak pam. Perkara ini juga boleh mengganggu pengeluaran susu.
3. Jangan bandingkan kuantiti susu kita dengan susu badan orang lain. Bila tengok orang boleh simpan beratus-ratus botol stok, mulalah kita merasa rendah diri dan tidak yakin boleh buat sebaik orang lain. PERLU diingat susu ibu setiap individu adalah berbeza dan sudah tentu ianya memadai untuk setiap bayi.
4. Fikir positif bahawa susu sentiasa cukup untuk bayi. Jangan sesekali mulakan dengan pemberian susu formula semasa pantang kerana jika dimulai dengan formula, susu badan pasti tidak akan dapat bertahan.
5. Berilah seberapa kerap bayi inginkan. Tidur bersama bayi di waktu malam adalah waktu paling bagus untuk stimulate pengeluaran susu. Jangan pula ‘spare’ susu botol di sebelah, risaukan bayi tidak cukup susu.
6. Amalkan pemakanan yang sihat. Tidak bermakna bila menyusu badan kita perlu makan untuk 2 orang. Yang penting, jaga makan dengan makan berkhasiat dan tidak skip makan semata-mata untuk kembali langsing dengan cepat. Dengan menyusu juga kita sudah boleh membakar kalori dengan percuma. Jangan jadikan alasan menyusukan boleh menggemukkan. Yang jadi gemuk sebab semua makanan kita nak bedal.
7. Berdoa dan bertawakal padaNya. Amalkan ‘Ya Matin’ sebagai doa untuk membanyakkan susu.
8. Boleh mengambil supplement untuk menjaga kecergasan ibu supaya sentiasa bertenaga kerana jika tidak bertenaga dan lemah, bagaimana ibu boleh meneruskan dengan jadual pam dan melayan karenah bayi.
……………………………………………………………….

Saya doakan agar ibu-ibu mendidik diri, mendidik hati agar lebih konsisten dan berdisiplin dalam pengambilan vitamin, makanan yang seimbang serta amalan rohani jika ingin berjaya dalam penyusuan selama 2 tahun. “Tak senang untuk menjadi senang, Tak susah untuk menjadi susah”


Ingat ye ibu-ibu, NIAT dan KATA HATI yang kuat dan PERCAYA diri sendiri mampu memberi susu yang banyak, pasti akan berjaya dalam penyusuan susu ibu. Minda separa sedar kita sebenarnya banyak mempengaruhi perbuatan harian kita. Jadi sekiranya NIAT dan KATA HATI kita kuat, kita akan sanggup melakukan apa sahaja demi anak tersayang walaupun terpaksa bangun 2-4 pagi utk sesi pam/kosongkan breast. 

Terima Kasih

Komen
0 Komen

No comments:

MAMAPAPASIHATCERIA Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign