23 August 2015

Tips Menambah Susu Ibu Banyak dengan Cara Sihat

Tips Menambah Susu Ibu dengan cara sihat dan semulajadi

Salam Isnin semua, 

Hari ni alla nak kongsi sedikit tips la macam mana nak upgrade susu kita supaya banyak dan berlemak dari pengalaman alla sendiri. All tekad nak susukan Safiya my baby gurl dari semasa dalam perut all lagi. Jangan tak tahu itu pun boleh beri kesan positif tau untuk tambah susu badan dengan cara sihat. 
  
Untuk menjayakan perjalanan penyusuan si manja Safiya ni sehingga dua tahun atau sekurang-kurangnya 1 tahun, banyak faktor yang mesti diambil perhatian. Saya seorang ibu yang bekerjaya, jadinya sangat challenging bila saya terpaksa curi masa kerja alla yang sangat padat. Bayangkan, alla hanya ada masa lebih kurang 20 minit untuk satu session pump. Alhamdullillah sepnjang proses mengepam, Allah permudahkan untuk saya. Rakan sekerja saya sangat memahami dan sangguo bertolak ansur dengan saya. Sangat penting untuk saya pump susu sebagai pendorong untuk menambah susu secara semulajadi. 

                                                        

Ramai ibu-ibu menyatakan kepada saya bahawa susu mereka  tiada, susu mereka kurang. Tahukan anda bahawa..tiada istilah susu tiada atau susu kurang tetapi kita yg tidak memenuhkan ilmu didada tentang ilmu penyusuan. Satement ini mungkin agak kasar bagi sesetngah ibu tetapi inilah hakikatnya. Ramai mengambil jalan mudah dikala susutnya susu ibu. Gara-gara stress dengar suara baby menangis, suara leteran ibu bapa atau mertua atau tiada taska mahu mengambil susu ibu. Kekuatan semangat dan mempunyai keazaman yang tinggi adalah faktor paling tinggi dalam menjayakan sesi menambah susu badan. Pastikan ibu-ibu lengkapkan diri anda dengan ilmu penyusuan. Disini saya kongsikan tips bagaimana cara  untuk menambah susu badan.

Pemakanan penggalak susu (milk booster)
Antara cara untuk menambah susu badan adalah melalui pemakanan. Terdapat pelbagai makanan/tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu/milk booster.  Antaranya ialah:


Alfalfa
Best sangat alla ambik dari 2 oz naik sedikit kepada 8 oz sehingga kepada 10 - 15 oz sekali session. Bayangkan kalo alla sempat buat 3 kali sudah dapat 30 oz ke 35 oz. Alhamdullillah, double electric pump pun sangat membantu dari memberi ransangan secara lembut dan jimat masa. Tak perlu urut-urut.  :)


Lobak putih
Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis.  Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja. Yang ni alla memng ada ambik setiap hari. Bagus ni.

Buah longan kering

Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli.  Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah. Ini selalu buat sebab taste dia sedap sangat.

Kurma

Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.  Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu. Ibu bolehla nak cuba. 

Pucuk betik/Betik muda
Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.

Halba/Fenugreek
Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya.  Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.

Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed
- Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah.  Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut.  Boleh didapati dalam bentuk kapsul.

Moringa/murunggai/pokok kelor
Pokok murunggai terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat Melayu kita.  Selain menambah susu ibu ia juga sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema. Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh.

Jantung pisang
Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.

Daun cekur manis/pucuk manis
Sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang.

Kacang soya
Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini. Yang ni alla amalkan ESP Soy Energizing Protein. Memang terasa badan bertenaga aje, susu makin lemak, pekat dan paling best baby Safiya and alla dapat kulit yang tersangat soft.. Suke sangat. Lepas tu memang da tak berenti ambil secara disiplin. 


Pengambilan Air
Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.  Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang.  Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Shaklee ada penapis air yang boleh dibawa kemana2.. Sangat mudah dan airnya penuh dengan khasiat. Rasa sedap plak tu.


Pemakanan seimbang
Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan.  Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian.  Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.Alla amalkan inila take pernah tinggal makan makanan berkabohidrat tinggi untuk kelegaan perut minta disis. Hihi. alla jarang biarkan perut terasa lapar sebab tak mahu baby kene angin.

Psikologi
Susu saya cukup untuk bayi saya!
Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu.  Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya cukup untuk bayi saya.  Insha-Allah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.


Kekerapan mengepam
Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND VS SUPPLY.  Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda.   Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh.  Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil.  Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.


Doa
Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya.  Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya  setiap kali selepas solat.



Point-point di atas adalah antara cara menambah susu badan. Selain itu,jika anda ibu-ibu yang menyusu bayi berasa cepat letih, tiada tenaga, selalu stress dan tertekan, saya mencadangkan agar anda mengambil suplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh anda. Suplemen berfungsi untuk memastikan tubuh kita sihat, ada tenaga, tidak stress. Barula penyusuan dapat berlangsung dengan lancar. Set breastfeed kita untuk ibu2 diluar sana.. Hot stuff Hot stuff. Bawah ni complete set untuk tambahkan susu sambil lemakkan susu, beri tenaga pada ibu, maintain kurus, kulit gojes dan rasa bahagia. Tapi tapi... xape kalau rasa banyak saya sedia membantu pilih yang mana mengikut budget ibu-ibu ye.. 




Saya rasa cukupla setakat ni dulu ye tips . Nanti saya share lagi. Wassalam

Saya Pengedar Shaklee Anda

ALLA 016-6404014
ALLA 016-6404014

Cash on Delivery  Ampang l KL

POST Malaysia
FB Azila Ishak
IG @vitaminazila




Terima Kasih

Komen
0 Komen

No comments:

MAMAPAPASIHATCERIA Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign